Sunday 6 September 2015

Alhamdulillah. Bismillah.

Setelah setahun lebih sejak pulang ke Malaysia dari Jordan, saya cuba mencatat sedikit sebanyak pengalaman dan nostalgia saya sepanjang berada di sana dalam laman facebook saya. Hanya sekadar catatan ringan dengan beberapa keping gambar yang berkaitan, sebagai dokumentasi peribadi dan catatan kenangan saya kepada 'kampung' saya, Jordan. 
Sesiapa yang ingin mengikuti catatan saya, boleh click pada link di bawah : 




Sunday 11 May 2014

Mimpi Menjadi Nyata : Ana 'Arabiy

Sewaktu berlepas pulang meninggalkan Jordan pada Ogos 2000, saya sering menyimpan hasrat untuk kembali ke Jordan, atau lebih tepatnya ke bumi Mafraq di mana berdirinya kampus Al alBayt University. Namun setelah tahun demi tahun berlalu, dengan hambatan kerjaya dan rumahtangga, hasrat Itu tinggal impian yang kelihatan sukar untuk dilaksanakan. Namun kuasa Allah itu Maha Hebat. Pada 16 Januari 2014, setelah hampir 14 tahun, saya berangkat meninggalkan Malaysia menaiki penerbangan Royal Jordanian Airlines menuju ke Queen Alia International Airport, Amman Jordan . Bukan saya seorang, bukan juga berdua dengan suami, tetapi bertujuh bersama 4 orang anak dan bibik sekali ! Subhanallah... perjalanan yang bagaikan mimpi sehingga saya berkali-kali mencubit paha saya sewaktu pertama kali mendarat di bumi Jordan setelah 13 tahun. Alhamdulillah, program Ana 'Arabiy anjuran Smartestco melalui Arabic2u membawa saya sekeluarga ke sana. Bumi Jordan yang telah menjadi tanahair kedua saya. Banyak yang berubah namun perasaan saya tetap sama sebaik menyedut udara pagi di Amman : Jordan aku datang !!

Monday 30 September 2013

Rezeki...

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mencuri sedikit masa dan merajinkan diri untuk mengemaskini blog saya yang telah lama ber'habuk'. Sukarnya untuk mendapat peluang mengadap skrin komputer untuk menulis apa yang sering bermain di fikiran. Banyak yang nak dikongsikan, cuma tidak berkesempatan.
Sesungguhnya kesempatan dan peluang itu juga rezeki, jadi jangan sekali dilepaskan. Sesetengah peluang tidak akan datang dua kali, jadi manfaatkan apa yang ada pada masa ia tiba. 
Pengajaran untuk diri sendiri : jangan suka bertangguh, nanti masa hilang entah ke mana ! 
PROCRASTINATION IS THE THIEF OF TIME